Tuesday 21 January 2014

hazaddeen

KFNA 2014 : Hazaddeen (Syed Qutb)

Sesi 1: Jan 21, 2014 (Selasa) - Ustaz Tajul Ariffin Che Zakaria

  • Syed Qutb - dah hafal Al-Quran ketika masih mentah, bila baca Al-Quran dia rasa satu nikmat yg tak boleh diceritakan pada org lain
  • Rasulullah saw dlm Haji wada’, “Aku tinggalkan kamu 2 perkara …
    • Al-Quran (Tafsir yg utama: Tafsir Ibn Kathir)
    • Hadis
  • dari agama ini, wahyu dari Allah. untuk dia beramal dalam kehidupan manusia, daripada jalan yang pelik, bukan jalan yang biasa. walaupun dia tahu, agama islam agama yang dimuliakan oleh Allah, tetapi dia kadang-kadang lupa nak supaya agama ini boleh ditegakkan melalui berlaku perkara yang pelik. payah nak dijustify dengan musabab.

  • dijelaskan oleh syed qutub bahawa manhaj Allah turun adalah khusus untuk manusia. hakikat agama ini penting tapi sering dilupai, menyebabkan kekhilafan besar,

  • berlaku tanpa sebab. tidak memahami islam dan caranya. penting untuk kita faham dalam tajuk ini merujuk kepada peristiwa berlaku dalam sejarah.

  • ada satu istilah, sebagai mukjizat. yang berlaku pada rasulullah s.a.w. tidak berlaku pada orang lain. bila rasulullah wafat, mukjizat itu hilang. namun ada mukjizat yg masih kekal iaitu dalam bentuk mukjizat ilmu, keseluruhan al-quran itu mencabar manusia melalui hujah2. dan islam berkembang dengan hujah yang nyata dan jelas bukan melalui mata pedang. jangan silap faham. bila bercakap dengan orang, kita tak guna kekuatan pedang. la ikraha fiddin,. tiada paksaan dalam agama. hujah didahulukan. bila ada penentangan dari musuh-musuh islam, halangan-halangan yang menyekat dari sampainya islam kepada telinga-telinga manusia, dalam konteks itu saja diizinkan oleh Allah untuk mempertahankan supaya manusia boleh mendengar dan memahami.

  • melihat bila dikaitkan apa yang berlaku pada rasul2, nabi2, Allah letakkan dipanggil mukjizat. bukan dalam semua perkara. nabi tetap disakiti, difitnah, berdarah juga dan diiukuti pelbagai ujian. siapa kita berbanding dengan rasulullah untuk kita melaksanakan dakwah ini yang kita boleh selesa dalam semua keadaaan?

  • manhaj yang dilaksanakan oleh manusia, tiada sifat2 yang bukan, tiada superman seperti fiksyen2, islam tidak berkembang sebegitu. tapi meraikan suasana & keadaan, sikap dan tabiat manusia. cara dan approach, perjalanan hidup Rasulullah. agama ini merupakan manhaj manusia berjalan mengikut linkungan kemampuan manusia. oleh kerana Allah lebih tahu kepentingan dan kelemahan ada pada manusia, maka diturunkan kepada manusia satu agama. Allah lebih Maha Mengetahui. Allah tidak menurunkan satu taklif, kecuali apa yang mampu dilaksanakan. Dia tidak pernah lalai, dari fitrah manusia. jika ada orang merasakan islam ditegakkan melalui miracle, itu tidak betul. penting untuk faham dalam nak menyebarkan agama ini kepada seluruh manusia.

  • Dalam prinsip-prinsip islam by abu ‘ala al-maududi, tentang istilah-istilah islam, hakikat bahawasanya, alam seluruhnya taat dan patut pada Allah. termasuk sebahagian daripada ciptaan Allah kepada jasad manusia. Contoh: melihat dengan mata. bukan mendengar dengan mata. mendengar dengan telinga. bercakap dengan mulut. memegang dengan tangan. berjalan dengan kaki. begitu juga alam tinggi, langit dan bumi, 7 petala langit, sebenarnya mereka itu sudah patuh dan tunduk secara pada Allah swt scr rela ataupun terpaksa.

  • apa yang ada antara bumi dan langit patuh pada Allah. Allah mentakdirkan sebegitu. sebahagian daripada tubuh badan kita, kalau kita nak buang air boleh ke tahan? bila lapar, kena makan. itu tabiat.

  • sekiranya manusia, tidak taat kepada Allah dalam bab iman, uluhiyah dan ubudiyahnya, manusia menjadi makhluk yang begitu ganjil. kita perlu berusaha sedaya upaya utk memahamkan org ramai supaya mereka beriman dengan Allah. dari segi rububiyyah dan uluhiyyah. tentang satu ayat, 6:164. seluruh langit dan bumi tunduk dan patuh. maka, al-maududi menjelaskan apabila manusia beriman pada Allah, mereka telah beramah tamah pada seluruh makhluk di alam ini.

  • sebab itu kita perlu berusaha sedaya upaya.

  • kadang2 timbul pertanyaan, kenapa dibiarkan islam kepada kemampuan manusia? banyak persoalan2 timbul. untuk jawab, Allah memang mampu untuk memberi kemenangan kepada islam, Allah memang mampu. tetapi, Allah memberi ujian kepada manusia, hidup dalam dunia ini, bukan free, bukan lahir untuk bebas. memang lahir untuk diuji.  - Almulk : 2. yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu siapa orang yang paling baik amalnya.

  • Allah Maha Mengetahui kemampuan manusia, maka diturunkan agama sesuai dengan tabiat. dia menjadikan petunjuk dari usaha dan keinginan. orang2 yang berjuang, pasti ditunjukkan jalan2 kami.
  • 13:11 - Allah tak mengubah nasih sesuatu kaum itu, sehingga mereka mengubah nasib mereka.

  • orang mukmin, tak bertanya pada Allah. kerana kita beradab dengan Allah. tak tanya Allah, kenapa buat begini begini?. perumpamaan, kita dalam syarikat. kita kerja, lagi besar syarikat itu, lagi perlu bagi komitmen yang tinggi. you tak boleh persoal banyak2 apa yang dibuat oleh big boss. dia yang luluskan kita kerja di situ. tiba2 kita nak protes dengan sesuatu yang tidak layak. itu manusia. cuma dia ada kelebihan, pangkat, harta. inilkan pula Allah. Dia yang menentukan hidup kita, Dia yang menentukan rezeki, bahagia dan celakanya kita. Semuanya Dia. tiba2 kita nak tanya kenapa Allah buat begini begini. itu tidak sesuai.

  • surah Baqarah: 28, Allah tanya orang2 kafir,
    • “Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).”

  • ketaatan kepada Allah itu mutlak. sebab itu kita tak boleh tanya kenapa sistem alam sebegini. boleh nak tengok hikmah, tapi nak mempersoalkan itu tidak boleh.

  • nizom alam ini, tabiat alam tak boleh nak persoalkan, bagaimana dengan agama yang lengkap, yang Allah sistemkan, boleh tanya untuk faham, tapi nak mempersoalkan, protes, tak setuju, tidak selesa, tidak layak bagi kita, manusia.

  • Allah tahu keseluruhan nizom alam. dengan method yang ditentukan oleh Allah, memang manusia itu boleh menyelesaikan semua masalah yang ada. sebagaimana yang dilakukan oleh rasulullah, sejarah yang cukup gemilang, menjadi qudwah ditunjuk pada kita.

  • orang kafir tak beriman, dia tak faham. bab kuasa Allah pun dia tak paham. sebab tu dia boleh cabar.
  • kalau kita tak paham, kena banyak dengar, banyak belajar.

  • orang mukmin yang sebenar, tidak akan bertanya kenapa, kerana beradab dengan Allah. dia akan follow dan ikut. seperti perjalanan planet dan bulan.

  • manusia ini yakin dan beramal dengan manhaj itu. berusaha sedaya upaya berjihad sepenuhnya., kadangkala ia menang, kadangkala ikut kadar usaha yang dilakukan.

  • planet2 berjalan dengan kuasa. begitulah keadaannya. tetapi untuk memenangkan agama, tidak begitu. mesti ada satu golongan yang memainkan peranan untuk memperjuangkan agama ini, dengan syarat2 yang ditentukan oleh Allah.

  • tarbiyah dari Nabi saw berjaya menghasilkan golongan terbaik, kitab maalim fi toriq. generasi Al Quran yang cukup unik. golongan seperti itu, bijak dan berkemampuan.  tidak benar golongan (Golongan shiah) yang mengatakan, sahabat semuanya kufur.. kecuali beberapa orang.  persoalannya, kalau begitu keadaannya, mana janji Allah (98:8) rodhiyallahu anhum, warodhu anh, rasulullah jamin sahabat2 masuk syurga. “sahabat saya itu seperti bintang2 di langit, siapa saja yang kamu ikut, kamu akan mendapat petunjuk.

  • nak mahu tidak mahu, kerana agama ini ditentukan oleh Allah, mestia da satu kumpulan berintima’ pada agama ini, beriman sebagai golongan yang .. nabi dan rasul bawa petunjuk dan contoh, yang boleh kita ikuti dalam melaksanakan agama Allah, kena rasa perit, berjihad, perit, letih, tak dihampar by permaidani, kalau dalam comfort zone boleh menjadi fitnah. dalam konteks belajar ini, kita memang penat belajar. jarang2 orang senang belajar. duit tak cukup, kena buat jadual, kena commit, tapi ingat, bila kita bersusah payah, kita rasa manis. bila kita dapat hasil.

  • baru ini ada ikhwah doctor cerita.., rama2 sebab nak hidup keluar dari kepompong, dia struggle (metamorphosis). akhirnya pecah kepompong, jadi rama-rama. ada satu eksperimen, kita tolong dia, bagi cepat sikit keluar. bila dia keluar dia mati, sebab itu tabiat dia. Allah dah tentukan tabiat rama2 kena struggle dari awal. bila dia keluar sebagai rama2 dia telah berjaya satu episod dalam rangkaian hidup, jadi rama2 yang boleh terbang. berjuang dan struggle, begitu juga manusia. kita kalau takde masalah ape2, dari awal, .. ada manusia tak paham perit jerih manusia yang susah. sebab dia hidup dalam comfort zone, kaya sampai pada dia, tak pernah rasa susah, orang macam ni takkan paham erti kesusahan. sebab itu, agama ini, kerana ia turun, maka Allah Maha Mengetahui bagaimana untuk dibangkitkan.

  • perlu ada sekelompok manusia yang berintima’, beriltizam dgn dakwah. menjadi kelompok yang paling penting. syed qutub kata, kita ini nukleus. daya yang ada, potensi pada kafilah dakwah, menjadi asbab mengapa Allah menstabilkan dunia dan alam ini. contoh banjir besar, salji tebal, banyak tempat. pelik cuaca hari ini. ada tempat ribut taufan, gempa bumi, gunung berapi meletup. kestabilan bumi bergantung pada golongan beriman yang berjuang pada agama. kalau takde kelompok ini, dunia ini akan kiamat. kalau takde yang beriman, tiada yg menyebut La illah ila Allah

  • dunia ini akan kiamat. di sini pentingnya kewujudan kita, kehadiran kita, pentingnya dalam kafilah dakwah ini. inilah hakikat, yang dinyatakan oleh Allah. menurut kemampuan yang ada pada mereka, membawa orang lain, bersama berjihad, dengan segala apa yang ada, ini yang akan memberi kerahmatan kepada alam seluruh. alam itu ..

  • 21:107 - nabi Allah utuskan, sebagai rahmat kepada semua. rahmat bagi langit dan bumi. “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”

  • di pihak atas 7 petala langit, di pihak bawah, dan antara atas bawah ,kita - manusia. tidak ada makhluk yang keluar dari bumi. semua hidup antara langit dan bumi. sebab itu, kita melihat sejarah, bagaimana Allah menentukan, dalam hidup rasulullah, banyak berlaku peperangan seperti uhud bila wasilah diambil menurut hakikat ini, Allah mengajar, 70 dikalangan sahabat syahid, dalam peristiwa uhud, termasuk rasulullah, berdarah.

  • diajar Allah bukan  dengan kalam sahaja, tetapi dengan darah. menunjukkan kekuasaan Allah. bukan Allah tak mampu nak menangkan. tetapi itulah realiti yang Allah kehendaki untuk mengangkat manusia kepada martabat yang lebih tinggi, siapa antara mereka yang berjuang. mujahadah iman. mujahadah dari alam batil kepada kebenaran. …

  • lihat terutamanya, mesir. berlaku di Syria, Palestin, di Malaysia, orang berjuang ini menghadapi pelbagai rintangan dan halangan. tapi itulah sebenarnya tabiat. nikmat kepada merasa kemanisan iman.
    • contoh paling simple, sama ada ikhwah akhawat, dunia kini terbuka. nak tengok maksiat, bila2 masa boleh tengok. bukak je. tapi bila kita lihat benda2 yang dilarang oleh Allah, kita dengan sendirinya dah jatuh. iman kita turun.
    • al iman yazid wa yanqus bila kita melihat benda2 tak bagus. orang tu akan rasa manis, bila berdepan dengan maksiat, dia tutup mata. ghodul basar. dia cuba hindarkan. tika itu dia merasakan iman itu manis. macam studi, bila study bersungguh2, bila berjaya rasa manis. kalau buat ringan2, kalau dapat baik pun tak rasa seronok mana, kerana tiada perjuangan. jadi, sebab tu Allah sebut dalam Al-quran,   ..

  • mujahadah - wasilah amali
  • di Pakistan, berdepan dengan kereta kebal dgn hanya batu, bila dibaling, meletup kereta kebal. siapa yang tolong? Allah yang tolong. berusaha dengan  daya yang ada. janji Allah memberi kemenangan.
  • satu manhaj kepada manusia.

  • akhiri kuliah, kena yakin manhaj yang Allah turunkan pada kita. kena yakin pada agama Allah. berapa ramai orang tak yakin? ada suatu yang kita kena alert, sedar, keyakinan terhadap agama tidak hanya teori. mesti dibuktikan dengan amal, perjuangan, mujahadah. ramai kata yakin,tapi tidak diuji, belum tentu betul2 yakin, beriman pada Allah. itu penting

  • bila kita yakin dan percaya, kita mampu untuk beristiqamah di atas agama ini. ini hanya satu agama2 yang terbaik. yang Allah redha. dan tetap relevan, tetap sesuai untuk dilaksanakan.